Thursday, March 28, 2013

TIPS MEMOTONG KUKU


Untuk cara memotong kuku yang lebih detail, boleh rujuk ke

MAYAT



7 Jenis Muka Mayat Di dalam Kubur 

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kita tidak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "
(QS. Ali-'Imran : 185)

Wednesday, March 27, 2013

TIGA PERKARA



|Sabda Nabi Muhammad SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani.

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)