Tuesday, October 8, 2013
EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Manusia terbagi kepada 4 golongan, yaitu.
1. Golongan pertama, yang telah kita sebutkan dan mereka adalah semulia-mulia golongan di sisi makhluk, sebagaimana mereka adalah yang termulia di sisi Allah .
2. Golongan kedua, kebalikan dari golongan tersebut, orang yang tidak punya ketajaman dalam agama dan tidak pula mempunyai kekuatan dalam melaksanakan kebenaran. Mereka ini mayoritas manusia, memandang mereka akan menyakitkan mata, membuat demam badan dan menyakitkan hati. Bilangan mereka membuat sempit negeri dan membikin mahal harga serta persahabatan dengan mereka hanya mendatangkan kerugian dan kebinasaan.
3. Golongan ketiga, mereka yang mempunyai ketajaman dalam kebenaran dan pengetahuan, akan tetapi ia lemah dan tidak mempunyai kekuatan dalam melaksanakan kebenaran dan mengajak orang kepadanya. Inilah keadaan mukmin yang lemah, sedangkan mukmin yang kuat di sisi Allah lebih baik dari mukmin yang lemah.
4. Golongan keempat, mereka yang mempunyai kekuatan dan kemauan serta motivasi, akan tetapi lemah dalam pengetahuan agama, tidak dapat membedakan antara wali Allah dengan wali Syaitan. Seringkali salah menilai, ia menyangka bahwa setiap yang hitam adalah kurma dan setiap yang kuning mengkilap itu emas dan setiap obat yang berkhasiat itu racun. Jom audit di mana kita.
Ustadz Armen Naro- ALlahyarham
Monday, October 7, 2013
KATA-KATA HIKMAH
Sharing dr ust zahazan
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.
Subscribe to:
Posts (Atom)